Saturday, August 14, 2010

Hari Putus Asa..

Hari ini saye dgn gigihnya bangun semula pada pukul 8.40 a.m untuk pergi ke lab to dilute my overnight culture and loading it into reverse assay tubes and in the evening I have to take the RLU readings; RLU stands for Relative Light Units and do seven dilutions for each tubes (total 63 tubes) and plate the solution to test the viability of bacteria in each samples. Disebabkan malas menunggu bas, saya berjalan kaki ke building 8. Untuk pergi ke building 8, saya harus melalui Grace Watson, SAU and library; tetapi laluan di kawasan-kawasan ini ditutup disebabkan construction. Saye berjaye masuk building Grace Watson tetapi terpakse melalui jalan hutan yang akhirnye tembus di kawasan SAU. SAU sebenarnye sangat dkt dengan building 8; pun begitu disebabkan kawasan construction yang besar di hadapan building 8, saya tidak boleh terus cross to building 8. Saya kemudian dengan langkah seorang detektif masuk ke dalam bangunan SAU melalui pintu belakang, di mana saya rasa kakitangan SAU masuk; kalau lalu dari depan SAU tidaklah saya dapat masuk ke dalam bangunan tersebut, jika saya sudah lalu pintu hadapan tidaklah dapat saya melompat ke belakang dari jambatan yang amat tinggi; jika lompat juga maka patahlah tulang belakang saya yang lembut ini. Setelah berjaya menyelusup ke dalam bangunan tersebut, saya keluar dari situ dengan bangganya dan meneruskan perjalanan ke building melalui kawasan library. Sebaik sahaja saya mahu masuk ke building 8, saya ditegur oleh pakcik yang ramah yang berkata, "Hello, good morning young lady. How're you?" dengan agak laju seperti tidak mahu saya mencelah. Arakian,  saya ditanya adakah saya ingin masuk ke dalam building 8, saya berkata ya saya ingin masuk. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya hari ini, pakcik itu memberitahu building 8 tidak boleh dimasuki angkara kerja-kerja floor waxing. Insan normal akan menangis terbahak-bahak apabila mendengar perkhabaran buruk itu, tetapi saya tidak merasa begitu kecewa agaknya gembira lalu di kawasan hutan sorang-sorang dan menyelusup ke dalam bangunan. Pun begitu, saya harus balik ke rumah dengan berjalan kaki...ada basikal senang sikit. Arakian, saya meminta diri dahulu tidak sabar rasa hati untuk ke iftar hari ini. Semoga berjumpa kembali di lain waktu..... I like when Yunho color his hair black because it looks so sleek against his porcelain skin. I also like him wearing black..his look is beyond cool.

2 comments: